Saturday, 14 April 2012

Berat badan terlebih??!

Masalah berat badan merupakan masalah yang sangat pelik dan sering dipertanyakan oleh mereka  yang mengalami kegemukan. Menjadi gemuk merupakan mimpi buruk bagi sebahagian mereka terutama bagi mereka yang sangat mementingkan penampilan. Kegemukan juga akan mengurangkan rasa kurang percaya dan kurang keyakinan dalam diri.

Di Malaysia kini semakin ramai yang mengalami pelbagai masalah kesihatan kronik dan antara yang paling umum adalah masalah obesiti,diabetis dan penyakit jantung. Pelbagai faktor yang menyumbang kepada peningkatan masalah ini di kalangan masyarakat Malaysia dan umum mengetahui antara yang paling utama adalah kekurangan aktiviti fizikal/senaman dan tabiat pemakanan yang kurang sihat.


Wanita memang tidak dapat lari daripada membincangkan topik berkisar kecantikan, fesyen dan penampilan diri. Walaupun kecantikan subjektif untuk dirungkaikan, golongan Hawa mendefinasikan cantik dalam erti kata mempunyai badan menarik, wajah yang licin, kulit gebu dan personaliti menarik.

Atas kesedaran ini dan keinginan mereka untuk mendapatkan bentuk badan menarik, ramai yang cuba mengatasi masalah berat badan tetapi malangnya ramai di antara mereka yang gagal. Ramai yang mengimpikan tubuh yang langsing dan cantik, namun bagaimanakah cara yang paling mudah untuk melakukannya? Nantikan entry seterusnya daripada kami…

“Start Thinking about Your Future Now…”

=)


No comments:

Post a Comment