Thursday, 19 April 2012

Tempoh tidur mempengaruhi berat badan? Part 1

Penemuan terkini oleh pada individu-individu tidak mendapat tidur yang cukup membawa kepada penambahan berat badan. Penyelidik di Australia yang mengkaji satu kumpulan yang berjumlah lebih kurang 900 kanak-kanak berumur 7-12 dalam tempoh empat tahun mempunyai kaitan antara jumlah mereka tidur pada waktu malam dan penambahan berat badan, berat badan berlebihan dan obesiti. Kanak-kanak yang mempunyai tempoh tidur yang cukup dan konsisten mempunyai berat badan agak ideal berbanding yang kurang tidur.

Perbezaan di sepanjang tempoh empat tahun kanak-kanak yang dikaji adalah 2-3 kg. Walaupun ini mungkin kedengaran seperti kuantiti yang banyak untuk orang dewasa, perlu diingat bahawa individu-individu yang dikaji ialah kanak-kanak. Apabila pertambahan berat badan diukur dalam bentuk BMI (indeks jisim badan), perbezaan tersebut adalah sangat ketara.

Bagaimana tidur dan pernambahan berat badan berkait rapat? Tidak mendapat tidur yang cukup mengganggu hormon yang mengawal deria rasa lapar dan kenyang, ghrelin dan leptin. Itulah sebabnya mengapa individu dewasa yang bekerja syif malam sering mendapati diri mereka bertumpu ke arah makanan karbohidrat tinggi secara tidak langsung potensi kenaikan berat badan secara ketara akan terhasil.

Panduan asas bagi mereka yang cuba untuk menurunkan berat badan



  1. kurang makan
  2. tambah pergerakan
  3. pastikan untuk mendapatkan tidur yang cukup.

No comments:

Post a Comment