Friday 20 April 2012

Korset Kecilkan Pinggang?

Perkara ini mungkin kedengaran seperti Lagenda Cerita Mahsuri, tetapi sebenarnya latihan memakai korset memang ternyata wujud dan bukan dongeng, terutama di dalam dunia fesyen. Sesetengah model atau ahli bina badan yang fanatik akan juga terjerumus dalam bidang pemakaian korset untuk mengecilkan beberapa inci pinggang mereka, tetapi ia perlu dilaksanakan dengan penuh berhati-hati, kerana ia boleh menjadi sangat berbahaya kepada kesihatan jika tidak dilaksanakan dengan penuh disiplin. Ya betul...terlalu ekstrem akan memudaratkan badan sama juga jika kita terlebih makan betul tak? 
Pemakaian bengkung
Asal lepas beranak je mesti nak pakai bengkung...asal lepas beranak je mesti nak pakai bengkung (korset moden sikit). Perempuan-perempuan zaman sekarang mana nak pakai korset dah lepas bersalin. Perempuan-perempuan zaman mak-bapak kita telah mengharungi pemakaian korset kerana ia adalah permulaan seumur hidup yang penuh kepayahan dan ketidak-selesaan untuk perempuan-perempuan zaman dulu. Sesiapa saja akan dianggap unik, pelik atau luarbiasa untuk dalam masyarakat kita jika diaorang enjoy pakai korset pada zaman tu. Tak dinafikan memang wujud perempuan-perempuan spesis yang suka gila pakai korset nih dari dulu sampai sekarang, sesiapa yang terlibat dalam industri fesyen atau pakaian dalam wanita memang sekali pandang dah tahu...!


Sejarah latihan korset

Latihan korset sebaiknya bermula pada umur remaja. Kebanyakan gadis bermula memakai korset biasa daripada ibu mereka dan hanya dipakai pada siang hari. Wanita-wanita yang serius pulak akan tidur dengan korset diaorang sebab nak cukupkan masa latihan, mungkin kalau dah tak tahan sangat dan paling kuat pun longgarkan sikit. Bila gadis-gadis remaja ini meningkat umur korset dia akan sendat sedikit dan dia akan masih memakainya. Size pinggang yang ideal atau puncak kejayaan latihan mereka adalah di mana salah satunya suami mereka akan dapat keluasannya pinggang dengan pelukan sebelah tangan aje pada malam perkahwinan mereka. Zaman kemuncak trend badan melengkung bentuk hourglass atau popular nya "8" dalam era Victoria, wanita-wanita ini menjadi begitu terdesak untuk mendapatkan pinggang kerengga, malah ada yang akan ekstrem sampai keluarkan tulang rusuk yang paling bawah supaya mereka boleh mengecilkan pinggang dengan lebih dalam, ramai wanita jatuh sakit kerana keputusan ni. Tak jauh beza dengan wanita sekarang yang memakai implan untuk membesarkan payudara dan suntikan botox pada zaman sekarang.

Korset pada suatu masa dahulu

Jangan terkejut kerana ada kelebihan kesihatan terhadap kepada pemakai-pemakai korset sebenarnya. Korset yang berkualiti memaksa anda mempunyai postur yang sempurna. Otot-otot perut dan pinggang tersusun padat dan pejal dan belakang pemakai akan lurus. Pada hari-hari sebelum melakukan aktiviti yoga dan Pilates, korset akan membantu meningkatkan prestasi pemakai dengan sangat berbeza sekali dan membantu pemakai sentiasa dalam tahap terbaik. 


Memulakan Latihan korset Anda.

Bagi seorang wanita moden atau lelaki yang inginkan size pinggang kecil, latihan korset harus bermula dengan perlahan-lahan, jangan terlalu mendadak. Anda boleh mencapai sehingga 6 inci jika melakukannya dengan sempurna. Bermula dengan membeli korset yang kira-kira empat inci lebih kecil daripada pinggang semulajadi anda (Sila rujuk pakar dalam bidang korset). Sesetengah pemakai korset akan dinasihati memakai sekurang-kurangnya 8 jam sehari, tetapi ia adalah lebih baik untuk memulakan sedikit-sedikit dengan lebih perlahan. Anda tidak mahu untuk terlalu teruja dan ekstrem dengan mengetatkan korset sehingga merosakkan postur badan anda. Dengan cara perlahan-lahan dan berkala anda boleh mengelakkan kekejangan dan memberikan tekanan ke atas tulang rusuk anda.


Yang mana satukah anda?


Matlamat pertama anda adalah untuk menaikan cangkuk demi cangkuk korset anda sehingga ditutup sepenuhnya. Sebaik sahaja anda boleh mencapai matlamat ini dengan mudah dan tiada kerosakan kepada korset, anda boleh bergerak ke korset yang lebih kecil! Adalah dinasihatkan bahawa anda mendapatkan korset yang berkualiti dalam latihan mengecilkan pinggang menggunakan korset kerana keselesaan amat penting dalam matlamat anda.

Inci demi inci

Jika anda ingin melihat pengurangan size pinggang yang kekal, anda perlu melakukan dengan penuh disiplin, senaman, diet yang sihat dan pemakaian yang sempurna amatlah digalakan dalam mengurangkan jangka masa matlamat andaMenumpukan perhatian kepada latihan yang meleperkan perut dan mengecilkan pinggang seperti sit-up ringan, senaman regangan yang mengukuhkan juga digalakkan. Mengenai diet pula, nasihat akan berbeza-beza bergantung kepada matlamat anda (Rujuk pakar pemakanan yeee). Berapa banyak anda makan lebih penting dari apa yang anda makan pada satu-satu masa walaupun kedua-duanya sama penting dalam latihan ini. Makan dengan jumlah banyak walaupun sayur sekalipun akan membuatkan perut anda kembung, pilih hidangan kecil yang dimakan setiap 3-4 jam  sepanjang hari kerana ini tidak akan menyebabkan badan anda rasa tertekan terhadap latihan pemakaian korset ini.


Pengguna yang berdedikasi

Kebanyakan pakar korset menasihatkan supaya anda menyimpan matlamat pengurangan anda satu inci setiap enam bulan untuk keselamatan dan kesihatan maksimum. Ingatlah bahawa setiap orang adalah berbeza dan badan anda tidak boleh bertindak balas secepat orang lain dan tidak boleh mengecil sebanyak orang lain. Kekalkan rentak kelajuan anda sendiri! Juga, anda pasti harus berunding dengan doktor anda sebelum memulakan program seperti ini. Pengurangan size pinggang boleh dicapai melalui korset, tetapi anda perlu meneruskan dengan cermat dan berhati-hati.

Mencapai size pengurangan kekal yang besar akan dicapai melalui pemakaian selama beberapa jam setiap hari. Walaupun anda boleh membenarkan keadaan seperti mandi dan aktiviti lain membuka korset anda, perlu diingat kesemuanya perlukan dedikasi dan komited kepada matlamat utama anda. Memberi tumpuan kepada latihan korset setiap hari untuk melihat hasilnya akhirnya akan membuatkan anda tersenyum di hadapan cermin... 

Impian setiap wanita

No comments:

Post a Comment